GEMPAmelayu

Icon

memores acti prudentes futuri

هيلڠ بهاس هيلڠله بڠسا

Dari pengamatan saya jiwa Melayu terletak pada perhubungan diri seseorang dengan alam sekitarnya. Bagaimana seorang Melayu itu amat prihatin dan menghalusi alam sekeliling dan alam semulajadi dan juga menitik beratkan keharmonian kemasyarakatan yang sejajar dengan peredaran semasa alam sekeliling. Lantas perasaan dan jiwa Melayu pada masa itu diekpresikan dalam senikata nyanyian, cerita-cerita klasik rakyat, pantun adab, nasihat budi, gurindam dan syair, peribahasa dan perumpaan, bidalan dan pepatah, dan sangat haluslah jiwa Melayu itu.

Dimanakah letaknya jiwa Melayu?

Adakah bahasa itu jiwa bangsa Melayu?

Bahasa yang bagaimanakah yang diperkatakan itu?

Adakah ‘bahasa’ dari sudut ‘language median’ atau lebih mendalam dari itu, iaitu ‘bahasa’ dari segi santun, sopan dan tata susilanya.

Tatkala kita mendengar orang memperkatakan “Hoi tak reti bahasa ke?”, atau pepatah seperti “Hilang bahasa hilanglah bangsa”, adakah ia bermaksud kemunduruan dalam tata bahasa atau kekurangan adab dan susila Melayu.

Apakah maksud ‘Bahasa Jiwa Bangsa”? Bahasa yang bagaimana tu?

Di sini saya ingin membentangkan pendapat saya bahawa pengertian sebenar ‘bahasa’ dalam isu-isu berkaitan dengan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu adalah lebih menitik beratkan bahasa dari segi adab dan santun orang Melayu.

Pada suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu yang terdiri dari pelbagai suku bangsa atau etnik mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang menghubungkan suku-suku lain seperti Banjar, Riau, Minang, Mandaling, Aceh, Siam, Bugis, Sulu dan pelbagai lagi suku-suku daerah.  Sedangkan Bahasa Indonesia juga adalah dipetik dari bahasa Melayu kerana bahasa Melayu amat senang dan ringkas untuk dikuasai.

Bahasa Melayu adalah bahasa pedagang atau ‘Trade language’ dan dipertuturi di pekan-pekan dan juga di kota-kota besar.  Ia tidak lebih dari itu.  Hanya sebagai satu median perdagangan pada suatu ketika dahulu.

Jadi pada masa itu di mana letaknya jiwa Melayu?

Dari pengamatan saya jiwa Melayu terletak pada perhubungan diri seseorang dengan alam sekitarnya.   Bagaimana seorang Melayu itu amat prihatin dan menghalusi alam sekeliling dan alam semulajadi dan juga menitik beratkan keharmonian kemasyarakatan yang sejajar dengan peredaran semasa  alam sekeliling.  Lantas perasaan dan jiwa Melayu pada masa itu diekpresikan dalam senikata nyanyian, cerita-cerita klasik rakyat, pantun adab, nasihat budi, gurindam dan syair, peribahasa dan perumpaan, bidalan dan pepatah, dan sangat haluslah jiwa Melayu itu.

Adakah penting mempunyai jiwa halus seperti Melayu dahulu kala itu?

Iya, jawapanya …Melayu  yang tinggi bahasanya itu adalah …………. Jiwa yang halus ini seakan suatu benteng kukuh yang rapi melindungi prinsip hidup seseorang dan mendukung nilai-nilai murni kehidupan.

Ia juga memperketatkan lagi kekukuhan maruah peribadi selanjutnya maruah keluarga selanjutnya maruah masyarakat dan selanjutnya maruah bangsa…dan sungguh tinggilah martabat Melayu pada tika itu.

Melayu yang tinggi ‘bahasanya’  mempunyai kekuatan jiwa dan mental.

Jiwa Melayu tidak suka mengejar  masa tetapi pihak penjajah menyalahtafsirkan ‘pemalas’ .  Sedangkan Melayu yang telah berhijrah ke Sri Lanka dan Cape Arfika Selatan disanjung sebagai hamba abdi atau pekerja  yang rajin, taat, dan kreatif.   Ini menandakan bahawa ‘malas’ pada suatu tika dahulu adalah satu myth yang digunakan Inggeris untuk mempertengahkan dasar-dasar  penguasaannya.   Apakan daya ia berasal dari satu ‘myth’ yang direalisasikan kerana rendahnya martabat masyarakat Melayu sekarang ini.

Tidak suka dipaksa bekerja membabi buta kerana Melayu pada tika itu tidak tergadai dalam kegilaan dan keseronokan kemewahan  harta benda dunia.  Melayu akan melakukan pekerjaan apa yang dikiranya suka dan mendatangkan minat yang mendalam.  Bekerja hanya untuk mencari nafkah secukupnya untuk kelauarga. Dan berapa banyakkah kita sekarang yang benar-benar bekerja pada minat yang mendalam? Atau hanya sekadar batu loncatan sebelum mendapat kemewahan yang lain.


Apakah yang dikejarnya Melayu  pada tika itu selepas melaksanakan tanggungjawab mencari nafkah?  Melayu akan berlari menunggu petang, kerana di sawah-sawah padi sudah berterbangan layang-layang dan wau-wau berdengau-dengau.  Anak-anak kecil sudah keluar  berkejaran-kejaran membaling gasing masing-masing.  Anak-anak gadis sedang sibuk berlatih tarian menunggu  malam tiba untuk ke pentas tarian.  Melayu sangat suka bermain, berjenaka, bersandiwara, bermasyarakat…

Dipendekkan lagi, imbasan turutan seorang Melayu.

a) Ketenangan jiwa dan kedamaian kehidupan.

b) Sahabat sejati teman sepermainan.

c) Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ( pementasan, gotong-royong, berpesta rakyat).

d) Memberi peranan dalam menyuburkan perkembangan seni budaya dan tamaddun Melayu di dukung dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

e)  Melayu menjadi bangga dangan bangsa sendiri, tiada apa yang dicabar tidak dapat ditangani kerana Melayu berkeupayaan berkata “Melayu pantang dicabar”.

Jika diamati ciri-ciri dan nilai-nilai  masyrakat Melayu pada suatu ketika dahulu,  apa peliknya persamaan yang ketara yang dicari-cari oleh masyarakat dunia kini  era moden globalisasi   –

….a quality and  sustainable life –  filled with colours, towards world peace and harmonious living….


Kenapa kita sudah tersalah peraturan?

Kerana ‘bahasa’  dahulu bukan ‘bahasa’ sekarang.


“BUDI BAHASA JIWA BANGSA”

PEACEBUY

Filed under: Musing-Musing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

'Sireh Pulang ke Ganggang'

  • 64,442 helai daun sireh
%d bloggers like this: