GEMPAmelayu

Icon

memores acti prudentes futuri

باب 1 هوجن اير باتو – سمبوڠن

Maka tersebutlah kisah  pada petang yang bersejarah itu, setelah hujan air batu berlalu, Permaisuri yang masih diburui perasaan yang terkejut itu pun mulalah bercerita kepada dayang tuanya dan inang-inang pengasuh empatpuluh akan mimpi yang aneh yang dilaluinya sebelum lontaran hujan air batu sebentar tadi.

“…….seekor ayam betina….mengeram…….tepak gamelan……”

Petikan lagu dari filem Gul Bakawali lakonan Latifah Omar dan Nordin Ahmad taken from Gul Bakawali film.  A Malay legendary film in which  aprince searching for a magic flower name Gul Bakawli in order to recover the King’s (father) eyes from blindness.  The flower was kept tightly by a beautiful princess and it is very hard to get it!!!A monster as well as a dangerous creature were guarding it.

Tersebutlah di dalam ceritanya, pada suatu dinihari, Permaisuri yang sudah sekian lama tidak keluar berjijak tanah itu hendak pergi bermain-main di taman bunga di Raja SinggahSeri. Maka bersiaplah Permaisuri dan dayang-dayang dan inang asuhan empat puluh menuju ke kolam tasik di pinggir perkarangan Istana Mentayu yang amat luas itu.  Setelah hulubalang yang menjunjung usung beredar, barulah Tuanku Permaisuripun keluar dari kereta usungan sambil menanggalkan sehelai kain sutera kuning  yang menutupi mukanya.

“Hai Dang Bawa, sudah sekian purnama patik tidak ke mari. Semakin lebat pula bunga-bungaan kuning ungu di keliling kolam ini, keluar berjambang-jambangan,” kata Tuanku Permaisuri seraya tersenyum rindu melihat keindahaan di sekeliling taman di Raja yang dibela dengan baiknya oleh pekerja-pekerja taman.  Sekumpulan burung kenari berterbangan berkawan-kawan merentasi gerombolan wanita-wanita istana baru sampai di padang taman bunga di Raja SinggahSeri. Bunyi-bunyian dari kercipan burung-burung yang mendiami kawasan sekitar taman bunga itu berselang-selang dengan bunyi-bunyian cengkerik yang menyorok di sebalik rimbunan jambangan pelbagai warna.  Rama-rama pelbagai warna turut keluar menyembah tari kepada tetamu yang datang.

“Ampun Tuanku, mohon patik harap di ampun. Pada pengamatan patik, dalam sepekan dua ini sudah kemuncak musim bunga tahun ini, pokok-pokok tanaman di taman ini berjambangan mempamerkan bunga pelbagai warna, bau pelbagai haruman,” Dayang Bawa mengangkat sembah menjawab persoalan Permaisuri yang tampak agak terhibur menikmati pemandangan kolam tasik yang indah-indah perbuatan.

“ Ampun Tuanku, patik baru sebentar dimaklumkan oleh Dang Anum dan Dang Seri bahawa air kolam di tebing kiri  tidaklah seberapa dingin, elok betul jikalau dibuat mandian.  Apakah Tuanku Permaisuri berhajat untuk bersiram?,” Dang Bawa, selaku Dayang tua itu menunding ibu jari kanannya menunjuk ke arah di kiri  di gigi kolam.

MINANG~1

Maka Permaisuri itu pun menanggalkan pakaiannya sambil disambut Dang Bawa dipangkunya. Tempat mandian Permaisuri di tebing kiri kolam tasik taman bunga di Raja SinggahSeri ditutupi kain rentang kuning oleh inang empatpuluh.  Maka Tuanku Permaisuripun turun mandi dengan segala dayang-dayang yang ada  ke dalam kolam air tasik yang bewarna kebiru-biruan, teramat gembira bersembur-semburan.   Maka biduanda yang merdu suaranyapun mulalah bernyanyi sambil dituruti oleh nyanyian beramai-ramai.  Lagu yang merdu alunan biduanda Istana mendendangkan alunan “Bunga Bakawali”. Amat terhiburlah hati Permaisuri tatkala itu.

Sesudah sekian waktu,  Inang-inang empat puluh dan dayang-dayang asuhanpun berehat di tepian tasik sambil menikmati bisikan lagu-lagu merdu yang didendang dari petikan tali ‘sitta’. Buat seketika tatkala Permaisuri sedang lena beradu di pangkuan dayang tuanya di tebing kolam, dengan tidak semena-menanya hujan pun turun di tengah-tengah terik matahari.  Tiadalah angin yang bertiup dan  tiadalah awan mendung yang berlalu.  Tiadalah satupun tanda-tanda yang menunjukkan hujan akan turun pada petang itu.  Rintik-rintik hujan yang jatuh ke bumi Mentayu di musim kering  itu telah bertukar menjadi ketulan-ketulan kecil air batu!  Hujan air batu itu turun seakan dibaling dari atas langit, melukai kepala-kepala manusia yang tiada berlindung.  Beberapa ekor burung kenari yang tadi berterbangan,  turut rebah menyembah bumi, terkapar-kapar di ambang nazak.  Bertempiaranlah dayang-dayang dan Permaisuri berlari mencari perlindungan yang lebih selamat.

Maka tersebutlah kisah  pada petang yang bersejarah itu, setelah hujan air batu berlalu, Permaisuri yang masih diburui perasaan yang terkejut itu pun mulalah bercerita kepada dayang tuanya dan inang-inang pengasuh empatpuluh akan mimpi yang aneh yang dilaluinya sebelum lontaran hujan air batu sebentar tadi.

“…….seekor ayam betina….mengeram…….tepak gamelan……”

Filed under: PSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

'Sireh Pulang ke Ganggang'

  • 64,459 helai daun sireh
%d bloggers like this: