GEMPAmelayu

Icon

memores acti prudentes futuri

Bab 1 هوجن اير باتو

Menurut cerita orang-orang Istana, Tuanku Raja dan Permaisuri amat berkasih-kasihan laki isteri dan barang sesaatpun tiada bercerai; jika mandi pun bersama-sama, jika bersantap disuapi, jika beraduan diselimuti; dan barang maksud Permaisuri itu tidaklah dilalui oleh Tuanku Raja dan barang maksud Tuanku Raja itu pun tiadalah di lalui oleh Permaisuri.

Hatta, beberapa lamanya duduk dengan puteri raja Singgora itu, baginda masih belum di kurniakan walaupun seorangpun zuriat di Raja.

Maka tersebutlah perkataan, Tuanku Raja Mentayu yang ke Tigabelas itu telah berkahwin dengan Permaisurinya, puteri raja Singgora yang teramat elok paras rupanya seperti emas sepuluh mutu. Tuanku Raja Mentayu yang berkahwin dengan pilihan hatinya itu, amat menyintai dan mengasihi puteri bongsu raja Singgora yang sudah dikenalinya semenjak zaman kanak-kanak lagi. Menurut cerita orang-orang Istana, Tuanku Raja dan Permaisuri amat berkasih-kasihan laki isteri dan barang sesaatpun tiada bercerai; jika mandi pun bersama-sama, jika bersantap disuapi, jika beraduan diselimuti; dan barang maksud Permaisuri itu tidaklah dilalui oleh Tuanku Raja dan barang maksud Tuanku Raja itu pun tiadalah di lalui oleh Permaisuri.

Hatta, beberapa lamanya duduk dengan puteri raja Singgora itu, baginda masih belum di kurniakan walaupun seorangpun zuriat di Raja. Pada mudanya, Tuanku Raja dan Permaisuri kurang periksa terhadap permasalahan yang satu ini, kerana sibuk mentadbir kerajaan dan taat memeriksa kemakmuran rakyat. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah terasa akan bahang-bahang sepi, gundah gulana bercampur kecewa Tuanku Raja dan Permaisuri berdua. Maka yang demikian, sudah kurang juga Tuanku Raja Mentayu itu keluar dari Istana samaada untuk berburu mahupun melawat ke pekan-pekan negeri Mentayu.

Kekurangan ini bukan sahaja dirasai oleh Tuanku Raja itu sendiri tetapi juga oleh sekelian rakyat jelata Negeri Mentayu. Kerana sebab yang demikianlah suasana muram menyuram senantiasa menyelubungi rakyat jelata Negeri Mentayu, yang amat mengasihi akan Tuanku Raja mereka itu. Oleh yang demikian ramailah di antara rakyat Negeri Mentayu yang telah berbesar hati memberikan anak tunggal mereka kepada Tuanku Raja dan Permaisuri untuk menjadi pengganti kesunyian di Istana Besar. Walau bagaimanapun, tidaklah dapat mereka menggantikan tempat kosong di hati baginda berdua, kerana hanya darah putih yang berdaulat itu sahaja yang dapat mewarisi tahta pemerintahan Kerajaan Mentayu.

Tersebutlah kisah bahawa telah bermacam-macam cara dan petua diusahakan tetapi penyatuan Raja dan Permaisuri itu tetap tidak membuahkan hasil. Sudah merata-rata tempat hingga ke ceruk rantau telah Baginda dan Permaisuri lawati, bagi mendapatkan barang sedikitpun bantuan untuk Permaisuri itu beroleh anak, tetapi rombongan di Raja itu akan senantiasa pulang dengan hampanya. Dan kini dengan usia Raja dan Permaisuri itu semakin mencecah tiga per empat abad, peluang untuk mereka berdua menimang cahaya mata sememangnya sudah tiada lagi. Sememangnya keturunan Raja Mentayu ini liat zuriatnya, Tuanku Raja Mentayu itu sendiri tiadalah beradik dan tiadalah berkakak. Tiadalah baginda bersaudara. Baginda dilahirkan sebagai seorang putera tunggal. Begitu juga dengan ayahanda baginda, dan juga dengan nenda baginda, dan seterusnya.

Oleh kerana itu tiadalah Tuanku Raja Mentayu itu mempunyai ramai talian darah hanya setakat saudara mara sebelah Permaisuri sahaja. Dan keturunan Permaisuri-permaisuri Mentayu adalah kaum kerabat di Raja negeri-negeri bertetangga. Tersebutlah di dalam ceritanya, pada suatu dinihari, Permaisuri yang sudah sekian lama tidak keluar berjijak tanah itu hendak pergi bermain-main di taman bunga di Raja SinggahSeri. Maka bersiaplah Permaisuri dan dayang-dayang dan inang asuhan empat puluh menuju ke kolam tasik di pinggir perkarangan Istana Mentayu yang amat luas itu. Setelah hulubalang yang menjunjung usung beredar, barulah Tuanku Permaisuripun keluar dari kereta usungan sambil menanggalkan sehelai kain sutera kuning yang menutupi mukanya.

“Hai Dang Bawa, sudah sekian purnama patik tidak ke mari. Semakin lebat pula bunga-bungaan

Filed under: PSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

'Sireh Pulang ke Ganggang'

  • 64,442 helai daun sireh
%d bloggers like this: