GEMPAmelayu

Icon

memores acti prudentes futuri

Putera Sulung Selatan – A Blockbuster!!!

Maka setelah selesainya hidangan makan malam, Adi Kirana tidak lagi ke serambi tamu. Nakhoda muda Mentayu itu akan mengetuai kumpulan tenaga pengajar memberi latihan asas kesenian gamelan kepada anak-anak muda tempatan yang berminat. Pada suatu malam, semasa latihan sedang rancak berjalan, Adi Kirana yang ternampak akan kelibat Telur di belakang tabir pentas itu melangkah senyap-senyap ke arcanya.

“        Menyorok-nyorok di dalam air bersauh,

apa kurangnya belida, sisik ada, tulang pun ada,

kenapa hanya memandang dari jauh,

kalau sudi, ‘berenang’ bersama apa salahnya,”

Adi Kirana membuang pantun kepada Telur di hadapannya. Telur yang tersedar akan kehadiran ‘pengetua latihan’ itu tidakpun menoleh ke belakangnya lalu menjawab seloka Adi Kirana.

Gajah beraknya besar, kancilpun hendak berak besar,

Akhirnya mati kebebangan,

Telapak tanganku belulang berkulit kasar,

Dari jauh, tarianku ini tidak kebimbangan.”

Telur membalas pantun membawa maksud yang merendah diri.

Kerana malu badan binasa,

Tarian gemalai si penari bedaya,

Jika mahu tuan hamba mencoba,

Patik sedia mengajar tuan hamba sahaja.”

Adi Kirana membuang pelawa kepada Telur yang semakin dihampirinya. Matanya tertumpu kepada sekumpulan penari di atas pentas tetapi kerlingannya hanya pada arcanya sahaja.

Tidak disorok pipit yang bising,

tidaklah juga baju di ampaian,

Lihatlah sendiri rautku yang asing,

Tidak sepadan dengan pentas tarian.”

Telur enggan di ajar kerana malu akan kehodohan rautnya tidak setanding dengan kumpulan penari-penari di atas pentas.

Alang-alang mandi biar sampai basah,

Belakang parang di asah lagikan tajam,

Alang-alang ke mari biar jemarimu di asah,

Dapatku tebus luka tuan hamba yang dalam.”

Adi Kirana membuang pantun memujuk Telur untuk belajar berlatih menari tarian Mentayu. Tangan kanannya yang pernah menolak Telur itu dibelekkan olehnya.

Beban berat segulung batu,

Berat batu dari belida,

Jatuh muka tuan hamba, tidakku mahu,

Luka tidak dalam, berparut pun tiada.”

Telur yang memandang ke arah Adi Kirana itu menyelak rambutnya, menunjukkan dahinya yang tiada kesan luka lagi.

Enggang laut tak makan rumput,

Kerbau bendang , tak makan ulat,

Si Murai kampung apalah nak di takut,

Ilmu diisi tuan hamba tidaklah ralat.”

Adi Kirana membuang hujahnya yang bijaksana, sukar kali ini untuk Telur mengelak. Tangan kanannya memegang atas kain tabir, arcanya itu di bawah lengkungan tangannya.

Hendak menari si burung pipit,

Hendak menari bersama enggang,

Jangan di biar telinga tuan hamba sakit,

Nanti menjadi buah mulut orang!”

Telur yang melepaskan pegangan tabirnya itu membuang hujahnya yang terakhir dan berlalu dari situ, meninggalkan Adi Kirana yang seperti lembing tergadai. Gagal pujuk rayunya, keras hati Telur.

_____________________________________________________

A sypnosis of Putera Sulung Selatan authored by ‘Sang Rajuna Nestapa’  few years ago. Never been published.  Wonder if readers interested to continue reading the story about the twin Prince (s) of Mentayu?

Filed under: PSS,

3 Responses

  1. kamal sabran says:

    bagi lagi bagi lagi🙂

  2. peacebuy says:

    En. Kamal, En Kamal,

    sibuk ke kat studio?

    Esok cerita bunian “Putera Sulung Selatan” akan di ‘publish’kan…

  3. grosir gamis says:

    Nice blog…keep posting ya

    grosir gamis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

'Sireh Pulang ke Ganggang'

  • 64,442 helai daun sireh
%d bloggers like this: